Kerajaan Habiskan Duit Rakyat Tanpa Kita sedari
Mungkin ini satu persoalan yang sentiasa bermain di fikiran rakyat di Malaysia ke sebenarnya duit rakyat di habiskan?
Jadi mari kita bersama TRACE dan KAJI ke mana duit rakyat sebenarnya di habiskan..
1.Lawatan Perdana Menteri dan Rombonganya ketika merisik perkhawinan anan perempuan Datuk Seri Najib Razak di Kazakhstan sumber
2.Guna program rasmi untuk urusan peribadi
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa menggunakan program pribadi untuk menguruskan perkahwinan anaknya dengan dicampuradukkan dengan program kerajaan semasa ke Kazakhstan sekarang.Tindakan ini disifatkan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefli Ahmad sebagai langkah yang ‘tidak ada kelas langsung’.Kecaman ini dibuat ekoran tindakan Najib menggunakan segala kemudahan kerajaan dan wang rakyat untuk memenuhi keperluan keluarganya di Kazakhstan sekarang.â€Tindakan Najib ini tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan pribadi,†kata Dr Dzulkefli kepada Harakahdaily.
3.Guna Duit Rakyat Buat Iklan Kempen Mansuh ISA
Pakatan rakyat melalui Menteri Besar Selangor sekali lagi memainkan semula ini dengan meluluskan peruntukan RM600,00.00 dari kantung kerajaan negeri untuk membiayai kempen politik mereka bagi menghapuskan akta ISA.sumber
4.Isu insinerator di Broga, Semenyih
Isu insinerator di Broga, Semenyih, Kerajaan BN yang di atas kebodohan mereka tidak mendengar keluhan rakyat, terpaksa membazirkan berbilion ringgit membatalkan projek tersebut.Insinerator yang seberat 1,500 tan dan menggunakan teknologi ‘fluidized bed gasification’ yang dikatakan terbesar di Asia ditaksirkan menelan belanja RM1.5 bilion (lebih kurang USD395 juta) untuk dibina dan RM200 juta (USD53 juta) bagi kos operasinya setiap tahun
5.Zon Bebas Niaga Pelabuhun Klang (PKFTZ)
Zon Bebas Niaga Pelabuhun Klang (PKFTZ)
Bukan sahaja Kerajaan gagal menyiasat kegagalan projek tersebut, ia sebaliknya bersetuju pula untuk memberikan pinjaman (soft loan) sebanyak RM4.681 billion kepada Port Klang Authority (PKA). Anwar Ibrahim dalam kenyataan rasminya menyatakan “episod ini adalah satu daripada banyak contoh daripada kerajaaan yang mendedahkan konflik kepentingan, rasuah, dan salah pengurusan yang melibatkan ahli politik, ahli perniagaan dan penjawat awam.”
6.Membeli 1000 Ekar Pulau Indah Berharga RM 1.8 Billion
PKA telah membeli 1000 ekar Pulau Indah daripada Kuala Dimensi Sdn Bhd pada harga RM25 satu kaki persegi dengan nilai RM 1.8 billion (termasuk faedah). Kuala Dimensi telah mengaut keuntungan sebanyak RM993 juta kerana syarikat tersebut hanya membeli tanah yang berkaitan daripada Pulau Lumut Development Cooperative Berhad pada nilai RM95 juta sahaja (iaitu pada harga RM3 satu kaki persegi).
7.Membina Kompleks Sukan Di Kota London
Apa yang lebih mengejutkan lagi dalam keadaan rakyat menderita dengan kenaikan harga minyak dan kos sara hidup yang semakin meningkat Kerajaan BN masih sibuk memikirkan bagaimana ingin habiskan duit rakyat dengan bermegah untuk membina kompleks sukan di Kota London.
Isu ini menjadi bahan kritikan apabila terbocornya maklumat bahawa Kerajaan BN perlu membayar kos sebanyak RM490 juta untuk mengubah Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak (TARRC) kepada High Performance Training Centre (HPTC). Dilaporkan kemudiannya bahawa RM490 juta tersebut adalah kos bagi membina kompleks sukan. Apa yang lebih memeranjatkan adalah angka yang ada di minda Jawatankuasa Kabinet untuk membina HPTC hanyalah sekadar RM70 juta. Bagaimanakah ia boleh meningkat kepada 490 juta?
8.Membeli 17 Set Buku Teknikan Pada Harga RM 181,900
Kementerian Belia dan Sukan juga telah membeli 17 set buku teknikal pada harga RM181,900 atau RM10,700 bagi setiap set sedangkan harga sebenar hanyalah RM417 bagi setiap set
9.Kos Ubah Suai Sri Perdana
Habiskan duit rakyat sebanyak RM12.5 juta untuk kos ubah suai Sri Perdana
10.Kos Pembinaan Monumen Alaf Baru Putrajaya dan Astaka Morocco
mengeluarkan RM41 juta wang rakyat untuk kos pembinaan Monumen Alaf Baru Putrajaya dan Astaka Morocco di Taman Botani di Putrajaya dan RM343,000 setahun untuk penyelenggaraan kedua-dua projek itu



















assalam..
seme tu bukan ke pakai duit kita.. btul duit kita.. rakyat.. tp kalo duit kita semata2.. tak cukup… duit kita tu diarang guna mcm2 cara utk byk kan supaya kita semua merasa kehidupan lebih baik.. kalo harapkan duit kita iaitu rakyat semata2… tanpe buat pape… takde nye seme orang dimsia ni rasa kemudahan yg mcm2 cam skg ni.. so setiap pekerja mesti dapat gaji kan? dpt imbuhan kan?? bergantung ler pada jawatan dan kesukaran pekerjaan utk dpt imbuhan.. betul tak? PM pun satu pekerjaan pe.. kuli pun pekerjaan.. tp takkan keje kerani dpt gaji puluh ribu.. keje pegawai dpt ratus2… pk2 kan
sorry sekadar pandangan.. mungkin ramai yang tak menyokong…
duit rakyat… untuk rakyat.. betul tak? tapi sedar tak… berapa ringgit yang kita setiap orang bagi ke negara.. dan berapa pula negara telah beri kt kita semua…
perkidmatan keselamatan seperti polis, tentera dll.. sekolah, universiti, peluang kerja, perkhidmatan hospital… dan byk lg… ada ke mende tu kita bayar cukup duitnye.. brapa ringgit korang kalo gi spital kene bayar.. singgit betul tak? byk mane ubat korang dpt.. cuba gi klinik swasta.. brape kene bayar… sekolah.. gaji cikgu korang bayar ke? brapa posen syer? cukup ke ngn duit korang bg ke kerajaan tu.. jalanraya.. brape posen lak syer korang… pejabat pos.. htr surat brpa posen stem.. minyak kenderaan diarang padan ke ngn duit syer korang tu… sekolah… dpt pinjaman buku tek tak? cukup ke ngn duit yuran tu utk dptkan buku tu seme.. cuba gi bli tgk… brape.. tu kipas.. ekon.. bangunan sekolah pe seme tu.. cukup ke ngn bayar yuran sekolah je..
cari kawan takmo lawan
peace
mamat belajar pandai2 tahu kalau spm pun belum lepas jgn cuba2 hendak berpolitik…..ish budak2 ni …terpengaruh sunguh2….
thx mat… do visit here… http://www.ar-rifke.com/2011/06/himpunan-jawapan-kemana-duit-rakyat-malaysia-dihabiskan.html
hehe..sama2
hehehehe huhuhuuu memang penting diri sendiri je puak2 tu,.
nak bagitau saye da tuka tema blog saye jadi hitam kuning dengan flash header baru yg garang ala2 harimau malaya aummmmmmmm
huhu….mamat dah lama thu..
jealous tngok header tu….cantik btul
rakyat dah lama sedar,dah tak bodoh lagi..
bagos2 =)
nasib rakyat malaysia
huhu..apa boleh buat
tanpa kita sedari?
haha..rakyat dah lama sedar dan tak dapat dibodohkan lagi
“rakyat dah lama sedar dan tak dapat dibodohkan lagi”
abes ape boleh buat?
mogok di jalanan? bkn ke lg merugikan diri sendiri dan negara. jd macam libya. nonsense.
atau tukar krajaan kepada pkr? nk jd hura hara macam selangor? tukar tgn krajaan kpada pas? not really sure. so no comment. haha.
for me. the best think always pray to the god for our countary. n semua anak2 muda drpd mogok2. pikir elok2. siap kn diri. masuk parlimen kita bela nasib negara kita.
diorg makan rasuah ke mkn duit rakyat ke itu urusan mereka dengan tuhan.
peace. i love malaysia!!
haha…bagos2… pendapat yang sangat berguna =)
Haha..btul2
nak tahu kebenaran nya? doa kn sy dpt keje di MOF ye. wakaka
huhu..ok harap waeda dpat keja di MOF
ok